Read more: Akal VS Emosi: Tukar icon blogger ke icon anda[FAVICON]

mr. & mrs. T saya.. :)

Raya??

Assalamualaikum...:)

Pejam celik pejam celik...x sedar da hampir sebulan kite pose...
Ramadhan tahun ni terasa lain...sbb selama ak tinggal ngn arwah atok selama 4 thun, kali ni 1st time berpuasa n beraya tanpa arwah atok...

Atok n Nenek yg sntisa di sisi atok..
AL-Fatehah untuk arwah atok
x dapat bayangkan macam mana pagi raya nanti...
Mesti shahdu je....mana x nya...selalunya pas sembahyang raya aku ngn sedara2, makcik pakcik aku da beratur panjang kat depan arwah mintak ampun, mintak maaf, mintak duit raya...
Mase mintak ampun mintak maaf la nak meleleh2 air mata... x mintak pun air mata tu kua..dy nk kua sndri..hek..
tp peliknya...time dapat duit raya...masing2 sengih memanjang...
kalau nak tw...arwah atok bg je kt sume wit raya, x kire umur, besar, panjang...segala mkcik pkcik dpt...tp, sorg RM2 jela..hehe...2 yg best...skdr suke2..meriah ckit pg raya...

Tp tahun ni... xtw la cmne....
persiapan raya pun wat ala kadar je....biskut raya pun mama x beli lg..padahal 3 hari lg da nak raya...nk raya tp cm xraya...
Aku plak x ade baju raya lg...ade sepasang je....2 pun org belikan...he3..yg beli sndri mmg xade la...kasut raya pun xada...Kamil kata pakai seliper jepun je...ok fine..mmg raya t aku pakai seliper jepun je...
cantik jgk seliper2 ni..hehe..cnfrm..raye pakai seliper

1 lg aku x rasa pun cuti raya yg hanya 5 hari ni cam raya...sbb keje cuti raya ni byk gler..ngn web page, assgnment 9 assay secara handwriting..tutorial Financial Analysis, mmg x sempat la nk wt...hbs je cuti raya..berderet2 test plak dlm mase sminggu..hmmm...x tw la cmne t...
aku takot jd gler sbb stress je..ha3..

Em, lg 1, nak balik Arau t pun jd masalah gak...dilema antara dari IPOH or DUTA..
kalau lambat decide mmg ak x ade tiket balik Arau 2 la jwb'y...hmmm...




k.la...ape-ape pun raye ni mmg x sama ngn raya2 sebelum ni..huhu..
Tata~~~

Tuhan dan Si Tukang Gunting

Seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulakan sedikit perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya, Tuhan jadi subjek perbualan.

mnx kt mr. google

Tukang Gunting : " Encik. saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi".

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut...dan bertanya, " Mengapa anda berkata demikian?". 

"Mudah saja, cuba encik jenguk kat luar tingkap tu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak orang yang terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tikang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi. 

Ketika  tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan punberjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, 
" Tukang gunting rambut itu sebenarnya tidak ada sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!! "

Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Manan tersebut.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting" sanggahnya si tukang gunting.

mr. google gak

Manan kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. Kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu."

"Ah, anda merepek saja...tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahawa dia tidak mahu datang ke kedai saya untuk bergunting rambut dan bercukur", jawabnya tenang sambil tersenyum.

Tegas Manan, "Tepat sekali! Itulah jawapannya untuk soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang dan mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini..."

Mendengar jawapan dari Mnan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata...

*****************************
cerita dari seorang membe kt fb..
tq.. :)
sekadar berkongsi.. :)

Jika Ianya Hanya Sebuah Cinta

jeles plak tgk burung ni...hek3..

Jika ia sebuah cinta...
Ia tidak mendengar...
Namun sentiasa bergetar...

Jika ia sebuah cinta...
Ia tidak buta...
Namun sentiasa melihat dan merasa...

Jika ia sebuah cinta...
Ia tidak menyiksa...
Namun sentiasa menguji...

Jika ia sebuah cinta...
Ia tidak cantik...
Namun sentiasa menarik...

Jika ia sebuah cinta...
Ia tidak datang dengan kata-kata...
Namun sentiasa menghampiri dengan hati...

Jika ia sebuah cinta...
Ia tidak terucap dengan kata...
Namun sentiasa hadir dengan sinar mata...

Jika ia sebuah cinta...
Ia tidak hanya berjanji...
Namun sentiasa cuba memenangi...

Jika ia sebuah cinta...
Ia mungkin tidak suci...
Namun sentiasa harmoni...

Jika ia sebuah cinta...
Ia tidak tidak hadir dengan permintaan...
Namun hadir kerana ketentuan..

Jika ia sebuah cinta...
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan...
Namun hadir dengan pengorbanan daan kesetiaan...

Semuanya jika ianya sebuah cinta...

Kuih dan rahsia..


Assalamualaikum...

Hari ni nk share something sal kuih..actly benda ni membe Mai yg post kt fb..saje copy masuk blog lak..
Jom bace same2...skadar riang kn hati di bulan pose ni...:)

Kuih paling gangster = Lompat Tikam

Kuih paling sexy = Puteri Mandi

Kuih paling keji = Taik Itik

Kuih bajet cute = Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda = Seri Muka

Kuih paling alim = Kuih Ketayap

Kuih suka pukul = Kuih Lompang

Kuih dalam zoo = Badak Berendam

Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt!!!

Kuih yang bangun sendiri = Kuih Bangkit

Kuih orang tak amndi = Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram = Kuih Makmur

Kuih paling lembab = Kuih Siput

Salam Ramadhan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...