Read more: Akal VS Emosi: Tukar icon blogger ke icon anda[FAVICON]

mr. & mrs. T saya.. :)

Tuhan dan Si Tukang Gunting

Seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulakan sedikit perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya, Tuhan jadi subjek perbualan.

mnx kt mr. google

Tukang Gunting : " Encik. saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi".

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut...dan bertanya, " Mengapa anda berkata demikian?". 

"Mudah saja, cuba encik jenguk kat luar tingkap tu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak orang yang terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tikang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi. 

Ketika  tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan punberjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, 
" Tukang gunting rambut itu sebenarnya tidak ada sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!! "

Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Manan tersebut.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting" sanggahnya si tukang gunting.

mr. google gak

Manan kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. Kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu."

"Ah, anda merepek saja...tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahawa dia tidak mahu datang ke kedai saya untuk bergunting rambut dan bercukur", jawabnya tenang sambil tersenyum.

Tegas Manan, "Tepat sekali! Itulah jawapannya untuk soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang dan mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini..."

Mendengar jawapan dari Mnan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata...

*****************************
cerita dari seorang membe kt fb..
tq.. :)
sekadar berkongsi.. :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...